Keyboard di notebook lebih sensitif dan menyusahkan anda apabila terjadi kerosakan. Tahukah anda? Jika terjadi kerosakan kecil atau pada sebahagian kekunci sahaja, Anda harus mengganti keyboard notebook secara keseluruhan! kos yang diperlukan tentunya tinggi.
Berikut ialah 4 tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook Anda. sayangilah keyboard laptop anda kerana ia akan menyayangi duit anda.
1. Menggunakan Keyboard Protector
Gunalah keyboard protector, terutama
jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat pelbagai jenis keyboard
protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga mengikut jenis protector
itu sendiri,lingkungan RM10 – RM30.Malahan ada juga yang mengikut jenis
keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada plastik silicon dan boleh
dibersihkan menggunakan air. Keyboard protector ini dapat menjaga agar
butang keyboard sentiasa bersih dan mencegah dimasuki kotoran atau
habuk dari luar ke dalam celah-celah keyboard. Namun, ada satu hal yang
perlu diperhatikan, iaitu tidak semua Laptop di sarankan menggunakan
keyboard protector kerana sesetengah laptop perlukan sistem aliran haba
yang udaranya di ambil dari celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk,
keyboard protector akan membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.
2. Jauhkan Makanan dan Minuman atau merokok dari laptop anda
Merokok |
Meletakkan makanan dan Minuman |
Jangan biasakan meletak minuman atau
makanan berhampiran laptop kerana ada kemungkinan minuman atau makanan
tersebut akan tumpah, terkena pada laptop dan menimbulkan kerosakan.
Merokok di hadapan laptop juga boleh menyebabkan habuk rokok
berterbangan dan melekat di celah-celah keyboard.Untuk hal ini bukan
hanya akan merosakkan keyboard, malah keseluruhan Laptop.
3. Kurangkan Bermain Game dengan menggunakan keyboard laptop
Game |
External keyboard |
Joystick |
Keyboard Pc |
Kurangkan bermain game dengan menggunakan keyboard laptop. Dalam
sesebuah game biasanya hanya butang tertentu sahaja yang perlu ditekan.
kadang-kadang kita menekan butang terlalu kuat dan dalam keadaan tidak
sedar dan syok semasa bermain game. Hal ini dapat menyebabkan kerosakan
sebahagian pada keyboard laptop Anda. Untuk bermain game lebih baik
membeli input device tambahan, seperti keyboard external atau joystick
.Walaupun yang Anda gunakan adalah laptop khusus untuk gaming, tidak
semua keyboard nya memiliki reka bentuk dan ketahanan seperti keyboard
gaming biasa.
4. Bersihkan Keyboard secara kerap
Keyboard Vaccum |
Debu/kotoran pada laptop perlu dibersihkan secara kerap kerana debu
merupakan sesuatu yang boleh mengalirkan aliran elektrik pada rangkaian
elektrik, menghalangi slot-slot butang keyboard , dan menghalang
pengeluaran haba panas dari laptop. Untuk debu/kotoran yang melekat pada
kekunci keyboard, gunakan lap untuk membersihkannya. Untuk debu yang
berada di celah-celah keyboard, kita dapat menggunakan vaccum cleaner
kecil yang hanya menggunakan kuasa dari usb, untuk menyedut habuk keluar
dari celah-celah keyboard.Vaccum ada dijual di pasaran,harga sekitar
RM10-RM20 sahaja berbanding jika keyboard anda rosak,anda terpaksa
laburkan ratusan ringgit untuk menggantikan keyboard baru.
Kepada pengguna MacBook,anda mestilah bersihkan keyboard anda kerap
kali,kerana ianya terlalu sensitif dan kos untuk tukar keyboard
tersebut agak tinggi berbanding keyboard laptop biasa,tambahan jika
menggunakan laptop yang warna putih.
Semoga tips kali ini bermanfaat untuk menjaga keyboard laptop anda
semua.Jika ianya bermanfaat untuk anda,silakan kongsi dengan rakan-rakan
anda yang mungkin perlukan tips ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan